NEWS & ACTIVITIES
Always stay in-the-know with PTAR News Hub
PPT Exploring PTAR : Read & Selfie with A Book
Sesi kedua Program PPT Exploring PTAR telah diadakan pada 20 November 2020 dengan penyertaan seramai 35 pelajar PPT. Dalam sesi kedua ini, pelajar dikehendaki membuat pinjaman buku dan berswafoto dengan buku yang dipinjam. Sesi kali ini mendedahkan pelajar dengan perkhidmatan peminjaman, pemulangan dan pembaharuan buku. Pelajar juga telah mengikuti sesi Webex bersama Profesor Dr. Aini Jaapar, Pengarah PPT UiTM.
Pameran Maya : Penerbitan Berindeks SCOPUS UiTMCPP Kampus Permatang Pauh 2020
Program PPT Exploring PTAR : Kelas Kemahiran Maklumat
Program Open Mic Mawlid
Sempena sambutan Maulidur Rasul 2020/1442H, Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama PTAR dan KKUUiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan Program Open Mic Mawlid Bersama Al-Fadhil Ustaz Abu Bakar Razak. Program yang berlangsung pada 3 November 2020 telah diadakan di PTAR Kampus Permatang Pauh secara langsung dan boleh ditonton melalui Facebook Unit Hal Ehwal Islam UiTM Pulau Pinang.
Tajuk yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Abu Bakar Razak ialah Sambutan Kelahiran Nabi Muhammad SAW. PTAR Kampus Permatang Pauh juga telah mengambil inisiatif mengadakan pameran buku-buku yang berkaitan dengan Nabi Muhammad SAW sepanjang program berlangsung. Program yang dihadiri oleh kakitangan UiTM Cawangan Pulau Pinang daripada pelbagai bahagian ini melabuhkan tirai pada jam 11.30 pagi.
KKM LSC102 Online Database for Literature (Information Searching Strategy)
Di dalam kelas tersebut, pelajar juga diperkenalkan dengan penggunaan MyKM sebagai cara yang lebih mudah untuk pelajar mengakses bahan digital mengikut subjek masing-masing. Selain itu, pelajar boleh menyemak rekod pinjaman buku, buku-buku "new arrival", melayari Institutional Repository, e-book, bahan bacaan am dan EQPS.
Gotong-royong Pelupusan Perabot dan Komputer
Pada 2 November 2020, staf PTAR Kampus Permatang Pauh telah bergotong-royong mengemas stor dan membuat pelupusan perabot dan komputer. Perabot-perabot yang rosak dan tidak boleh digunakan lagi telah dipindahkan daripada stor sedia ada untuk memaksimakan penggunaan ruang stor. Komputer-komputer sewaan yang lama telah dikumpulkan mengikut setnya supaya proses dokumentasi pelupusan dapat dijalankan dengan lebih lancar.
Library Outreach@PTAR Bersama Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTMCPP
Taklimat perpustakaan ini dibahagi kepada 3 komponen utama iaitu Unit Perkhidmatan Pelanggan, yang disampaikan oleh Cik Nor Azilawati Mohd Azmi, Unit Pembangunan dan Perancangan Bahan, disampaikan oleh Puan Farleen Azrina Zamberi dan Encik Nurulizwan Amir pula telah menyampaikan taklimat tentang Perpustakaan Digital. Harapan PTAR semoga dengan adanya program sebegini, pensyarah akan mendapat maklumat yang jelas tentang perkhidmatan dan kemudahan yang ada di perpustakaan yang dpat membantu pengajaran dan pembelajaran disampaikan dengan lebih berkesan.
Online Postgraduate Colloquium
Pada 24 Oktober 2020, satu program untuk pelajar postgraduate EMBA Masters semester 3 dan 4 telah diadakan secara atas talian anjuran PPS UiTM. Program ini melibatkan peserta daripada UiTM Cawangan Pulau Pinang dan pensyarah serta pelajar daripada Yogyakarta State University, Indonesia.
Terdapat dua slot di dalam program ini dan salah satu slot telah disampaikan oleh Encik Nurulizwan Amir, Pustakawan Kanan, Unit Penyelidikan, Pembelajaran dan Rujukan PTAR UiTMCPP yang bertajuk "The use of E-Library in writing Literature Review". Slot kedua bertajuk "Preparing Research Proposal" telah disampaikan oleh Dr. Sutirman S.P.D, M.P.D. Yogyakarta State University. Seramai 55 orang pesserta telah menyertai program ini melalui platform Google Meet.
KKM Modul : Reference Management Software - Mendeley
Satu sesi kelas kemahiran maklumat telah diadakan pada 23 Oktober 2020 tentang "Reference Management Software - Mendeley" yang disertai oleh pelajar-pelajar yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang penggunaan Mendeley. Sesi ini telah disampaikan oleh Encik Nurulizwan Amir, Pustakawan Kanan, Unit Penyelidikan, Pembelajaran dan Rujukan, PTAR Kampus Permatang Pauh. Seramai lebih kurang 57 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar telah mengikuti sesi kelas kemahiran maklumat kali ini yang diadakan melalui platform Google Meet. Diharap maklumat yang telah disampaikan bermanfaat kepada semua peserta.
Taklimat Perpustakaan Bersama MPP & JPK UiTM Cawangan Pulau Pinang
Pada 15 Oktober 2020, PTAR Kampus Permatang Pauh telah mengadakan satu taklimat perpustakaan secara atas talian khas untuk MPP dan JPK UiTM Cawangan Pulau Pinang. Para peserta taklimat merupakan MPP dan JPK daripada Kampus Permatang Pauh dan Kampus Bertam. Seramai 34 peserta telah mengikuti taklimat yang disampaikan oleh Cik Nor Azilawati Mohamad Azmi, Puan Farleen Azrina Zamberi dan Encik Nurulizwan Amir berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan terutama mengenai Perpustakaan Digital.
Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, Puan Hayati Mokhtaram telah berbesar hati memberikan ucapan alu-aluan dalam sesi taklimat tersebut. Beliau berharap MPP dan JPK dapat meuar-uarkan tentang perkhidmatan yang disediakan oleh PTAR kepada semua pelajar dan memanfaatkan segala kemudahan ini untuk tujuan pembelajaran kerana adalah suatu kerugian besar sekiranya perkhidmatan yang diberikan tidak digunakan oleh para pelajar.