NEWS & ACTIVITIES
Always stay in-the-know with PTAR News Hub
Pada 11 Mac 2023, Program Unlock Your Voice & Speak to Win 2.0 yang dianjurkan oleh Akademi Pengajian Bahasa UiTMCPP dengan kerjasama PTAR UiTMCPP telah diadakan dengan jayanya. Jika program sebelum ini terbuka kepada staf pentadbiran yang berminat, kali ini program telah disertai oleh beberapa orang pensyarah UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Apple Technology for Education @PTAR
*Apple Teacher Briefing & Do More with iPad*
Tarikh : 8 Mac 2024 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Ruang Library Community Engagement (LCE) PTAR Library UiTMCPP
Lawatan Naib Canselor UiTM ke PTAR UiTMCPP
Sebelum berangkat pulang, Datuk VC telah menandatangani buku pelawat dan bergambar bersama staf PTAR UiTMCPP. Turut hadir dalam sesi lawatan santai ini ialah Rektor UiTMCPP, Profesor Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy Razali, Penolong Rektor Kampus Bertam, Encik Amir Herbed Abdullah, Wakil Fasiliti, Encik Mohd Saiful Nizam Mohammad Ali dan Timbalan Ketua Pustakawan, Tuan Haji Ahmad Faizar bin Jaafar.
Team Building PTAR UiTMCPP 2024
PTAR UiTMCPP telah mengadakan program Team Building PTAR di Sumpitan Glamping, Lenggong, Perak pada 27 dan 28 Februari 2024 yang lalu. Program team building ini diadakan dengan tujuan untuk memupuk semangat berpasukan selain mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan staf PTAR.
Seramai 19 orang staf PTAR UiTMCPP termasuk Timbalan Ketua Pustakawan dan tiga orang pelajar praktikal telah mengikuti program Team Building pada tahun ini. Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang program selama 2 hari 1 malam termasuk aktiviti secara individu dan berkumpulan untuk para peserta. Aktiviti dimulakan dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh Encik Muhammad Ismail Mohd Ali selaku pengarah program dan diteruskan dengan makan tengah hari dan aktiviti berkumpulan.
Pada sebelah malam, Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar telah dijemput mengimamkan solat maghrib berjemaah sebelum menyampaikan tazkirah ringkas kepada jemaah. Usai makan malam, program diteruskan dengan acara memotong kek untuk meraikan staf-staf yang menyambut hari kelahiran pada bulan Januari hingga Mac. Selain itu, acara penyampaian hadiah kepada semua kumpulan yang telah menjayakan aktiviti sebelah petang juga diadakan.
Hari kedua program dimulakan dengan solat subuh dan kemudiannya diikuti dengan riadah pagi brisk walking sejauh hampir 3 kilometer sambil melihat keindahan alam di kawasan sekitar perkhemahan. Selepas bersarapan, aktiviti kami disambung dengan acara bertukar-tukar hadiah dan meraikan dua orang pelajar praktikal yang telah tamat latihan pada hujung bulan Januari 2024.
Di dalam ucapan beliau, Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar telah menzahirkan rasa bersyukur kerana program ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama yang sangat baik daripada semua staf perpustakaan. Beliau juga berharap semoga kerjasama yang baik ini dapat dikekalkan sentiasa dan berharap program seumpama ini dapat diteruskan di masa akan datang. Rombongan tiba di UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh pada jam 4.30 petang.
Taklimat PADU@PTAR
21 Februari 2024 - Satu taklimat PADU telah diadakan bertempat di ruang Library Community Engagement. PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang. Taklimat yang dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran & PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang ini juga telah mendapat kerjasama daripada Digital Penang, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Pulau Pinang, Persatuan Pentadbir UiTM, dan KKUUiTM Cawangan Pulau Pinang.
Taklimat PADU ini diadakan untuk memberi kefahaman kepada para peserta objektif pengisian PADU dan bagaimana untuk mengisi maklumat di dalam sistem ini. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Adrian Austin Spiji, Timbalan Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia. Di akhir taklimat, 'booth' PADU dibuka untuk membantu peserta yang mengalami kesukaran untuk mengisi data mereka atau mereka yang mempunyai kemusykilan hal yang berkaitan.
Taklimat ini telah dihadiri seramai 78 orang peserta fizikal dan mendapat 52 views di dalam siaran langsung melalui Facebook PTAR UiTMCPP.