NEWS & ACTIVITIES
Always stay in-the-know with PTAR News Hub
Program Al-Quran & STEM (Fasa 1 Siri 2)
Pada 23 Januari 2024, satu Program Al-Quran & STEM Fasa 1 Siri 2 telah diadakan di Ruang LCE (Library Community Engagement) PTAR UiTMCPP Kampus Permatang Pauh.
Program anjuran PJIM&A (Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni) UiTMCPP dengan kerjasama oleh THB Maintenance Sdn. Bhd. ini telah dihadiri oleh seramai 46 orang pelajar SMK Dato' Kailan, Kepala Batas. Dengan tajuk "Melestarikan kandungan 'Digital Storytelling' di platform media sosial, para pelajar telah dibantu oleh fasilitator yang terdiri daripada pelajar UiTMCPP untuk menghasilkan video mengikut tajuk yang telah diberikan.
Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang itu turut dihadiri oleh Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang, YBhg. Profesor Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy Razali, pengetua SMK Dato' Kailan, Kepala Batas, Tuan Haji Azhar Amanullah bin Ariffin dan wakil THB Maintenance Sdn. Bhd.
Resonance of Liberation : Save Palestine
Sesi UNI Tour : Program Engineering 101
12 Januari 2024 - Sempena dengan Program Engineering 101 anjuran Chemical Engineering Student Society (ChESS) dengan kerjasama Persatuan Ikatan Mahasiswa Kejuruteraan Mekanikal (i-MECHY), Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Elektrik (PMKE) dan Penang Civil Engineering Student Society (PCES) UiTM Cawangan Pulau Pinang, satu sesi lawatan ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTMCPP telah diadakan.
Para peserta lawatan terdiri daripada 40 orang pelajar-pelajar daripada Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah yang mengikuti Program Engineering 101 ini. Para peserta telah dibahagikan kepada 6 kumpulan dan telah diberikan taklimat ringkas tentang perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di PTAR UiTMCPP. Selain itu, peserta juga telah dibawa melawat di sekitar perpustakaan oleh staf Unit Perkhidmatan Pelanggan.