NEWS & ACTIVITIES
Always stay in-the-know with PTAR News Hub
KKM : Modul Introduction to PTAR Electronic Resources
Tarikh : 12 Mac 2020 (Khamis)
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Tempat : Pusat IT, PTAR Kampus Permatang Pauh
Bagi memenuhi keperluan pelajar untuk menjalani kelas kemahiran maklumat PTAR seperti yang telah disarankan oleh PTAR induk, satu kelas kemahiran telah diadakan bagi pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam. Seramai 28 orang pelajar telah mengikuti kelas Modul Introduction to PTAR Electronic Resources yang disampaikan oleh Encik Nurulizwan Amir, Pustakawan Kanan dari Unit Perkhidmatan Digital, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Sepanjang kelas tersebut, pelajar-pelajar telah diberikan taklimat dan tunjuk ajar tentang pengenalan kepada Institutional Repository PTAR, Institutional Repository dan EQPS serta cara-cara untuk mengakses koleksi-koleksi tersebut. Diharapkan kelas KKM seperti ini dapat membantu pelajar-pelajar memanfaatkan perkhidmatan PTAR yang sedia ada untuk menyiapkan tugasan atau membuat ulang kaji pelajaran.
New Arrivals@PTAR Kampus Permatang Pauh Vol.9 2020
Berikut adalah buku-buku New Arrivals yang sudah boleh dipinjam dan dirujuk oleh pengguna-pengguna PTAR Kampus Permatang Pauh.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai bertugas di Kaunter Peminjaman dan Pemulangan atau hubungi kami di talian 04-382 3262.
* Untuk resolusi gambar yang lebih jelas, sila klik DI SINI