Program Read@Uni : Santai Ilmu@BookXcess, Gurney Paragon

Program : Read@Uni : Santai Ilmu@BookXcess, Gurney Paragon
Tempat : Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang
Tarikh : 4 Julai 2019 (Khamis)
Masa : 9.30 pagi - 2.00 petang
Jumlah Peserta : 38 orang

Pada 4 Julai 2019 yang lepas, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan satu program iaitu Read@uni:Santai Ilmu@BookXcess yang bertempat di Gurney Paragon Mall, Persiaran Gurney, Pulau Pinang. Program yang disertai oleh seramai 38 peserta yang terdiri daripada kakitangan akademik dan pentadbiran UiTM Cawangan Pulau Pinang julung kali diadakan untuk menyahut seruan kerajaan untuk menggalakkan budaya membaca.

Program perkongsian ilmu secara santai ini memberi peluang kepada kakitangan UiTM untuk menggunakan peluang yang telah disediakan untuk mencari seberapa banyak bahan bacaan yang boleh dibaca untuk seisi keluarga.

BookXcess yang mula dibuka pada tahun 2006 untuk membantu masyarakat memupuk minat membaca di dalam kehidupan seharian. BookXcess menawarkan buku-buku baru pada harga yang jauh lebih murah sehingga 80% kepada semua pelanggannya. Buku-buku ini merupakan buku-buku terbitan yang tidak habis dijual dan dibeli secara pukal oleh syarikat untuk dijual pada harga jauh lebih murah kepada pembeli melalui jualan "online" dan di cawangan BookXcess. Setakat ini, terdapat 7 cawangan BookXcess di seluruh Malaysia iaitu di Cyberjaya, Ipoh, Penang, Amcorp Mall Petaling Jaya dan The Starling Petaling Jaya, Kuala Lumpur dan Subang Jaya.

Diharap program seumpama ini dapat menarik minat kakitangan UiTM untuk mendapatkan bahan bacaan untuk seisi keluarga dalam harga yang berpatutan dan memupuk semangat membaca tidak kira di tempat kerja ataupun di rumah.






Bergambar kenangan bersama Mr. Ong, pengurus BookXcess, Penang


Mendengar taklimat ringkas dan lawatan sekitar kedai buku











Comments