Taklimat Prosedur Kerja Pengurusan Pelanggan
Tarikh : 10 Julai 2020
Untuk meningkatkan mutu kerja kakitangan di kaunter, satu Taklimat Prosedur Kerja Pengurusan Pelanggan kepada kakitangan PTAR Kampus Permatang Pauh yang bertugas di Kaunter Pinjaman dan Pemulangan telah diadakan pada 10 Julai 2020.
Antara objektif penting taklimat ini diadakan adalah untuk memantapkan pengetahuan berkaitan prosedur kerja di kaunter pengurusan pelanggan dan memberi tunjuk ajar dalam urusan pengurusan operasi perkhidmatan perpustakaan.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Pembantu Pustakawan Kanan Unit Perkhidmatan Pelanggan, Encik Syarifulanuar Mat Isa dan dibantu oleh kakitangan yang bertugas di Kaunter Peminjaman dan Pemulangan. Dengan adanya taklimat ini diharap kakitangan yang akan bertugas di kaunter akan lebih peka dengan prosedur yang digunakan untuk menambah kecekapan kerja.
Comments
Post a Comment