Pada 6 Julai 2023 yang lalu, PTAR UiTMCPP dengan kerjasama Physio Student Association (PHYTAS) Kampus Bertam, Unit Kesihatan UiTM Cawangan Pulau Pinang dan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah telah mengadakan program Jom Sihat@PTAR. Program yang berlangsung bermula jam 8.30 pagi ini merupakan salah satu platform perkongsian ilmu serta penyampaian informasi mengenai kesihatan kepada warga kampus. Ianya juga merupakan pemangkin kepada amalan gaya hidup yang sihat.
Program dimulakan dengan acara senamrobik bertempat di parkir kenderaan berhadapan dengan bangunan perpustakaan dan dikendalikan oleh pelajar-pelajar Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Kampus Bertam. Sesi yang berlangsung selama 1 jam ini telah disertai oleh seramai 58 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar, staf akademik dan staf pentadbiran UiTMCPP.
Program Jom Sihat@PTAR diteruskan dengan
Program Read@UiTM : Sesi Perkongsian Buku bersama Encik Mohamad Hafiz Abu Seman, pensyarah Fakulti Sains Kesihatan, UiTMCPP Kampus Bertam. Beliau telah berkongsi dengan penonton sebuah buku yang bertajuk
"Sports Injury Prevention" hasil tulisan Profesor Roald Bahr dan Profesor Lars Engebretsen . Selain daripada berkongsi maklumat tentang kepentingan mengelak kecederaan di dalam sukan, beliau juga telah menerangkan bagaimana mengurus dan menghalang daripada berlakunya kecederaan dalam sukan. Sepanjang sesi perkongsian berlangsung, program derma darah dengan kerjasama Unit Kesihatan UiTMCPP dan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani juga telah berjalan dengan penyertaan yang sangat menggalakkan daripada pelajar-pelajar dan staf UiTMCPP. Dianggarkan seramai 50 orang penderma telah menderma darah bermula jam 9.30 pagi hingga 3.00 petang.
.png)
.png)
Program Jom Sihat@PTAR ini juga membawakan perkhidmatan Physio Massage oleh Physio Student Association (PHYTAS) UiTMCPP Kampus Bertam kepada pelajar dan staf UiTMCPP dengan kadar bayaran yang berpatutan. Sesi ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga UiTMCPP. Seramai 49 orang warga UiTMCPP telah mendapatkan perkhidmatan pelbagai urutan yang diadakan di Bilik Raudah, PTAR bagi pelanggan lelaki dan Bilik Tayangan, PTAR bagi pelanggan wanita.
Diharap dengan penganjuran Program Jom Sihat@PTAR ini dapat menarik minat warga UiTMCPP untuk meluangkan masa mengikuti aktiviti-aktiviti kesihatan yang dapat membantu tubuh badan menjadi lebih sihat dan aktif.
Comments
Post a Comment