NEWS & ACTIVITIES
Always stay in-the-know with PTAR News Hub
Program Citra Merdeka
Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia, Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Program Citra Merdeka yang berlangsung pada 12 September 2023.
Program kerjasama yang diadakan ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dua hala PTAR UiTMCPP dan Arkib Negara Malaysia, Negeri Pulau Pinang dalam penyaluran maklumat dan perkongsian ilmu khususnya yang melibatkan urusan arkib. Selain itu, program ini juga dapat merapatkan hubungan kedua-dua belah pihak dengan komuniti setempat yang menyertai program.
Program Citra Merdeka dimulakan dengan Majlis Perasmian dengan kehadiran tetamu jemputan antaranya YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Mohd. Yussof Latiff, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) bersama isteri, YBhg Profesor Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy Razali, Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang dan YBrs Encik Mohamad Shahriman Sahar, Pengarah Arkib Negara Malaysia, Negeri Pulau Pinang. Bersempena program ini juga, YBhg Rektor UiTMCPP telah berbesar hati menyumbang 2 buah buku iaitu Qawam Al-Din: Pada Menyatakan Pendirian Agama serta Sheikh Abdullah Fahim: Warisan Keilmuan, Astronomi dan Politik kepada PTAR Kampus Permatang Pauh. Sumbangan buku ini sebagai simbolik bagi memperingati ketokohan Sheikh Abdullah Fahim seorang ahli falak yang mencadangkan tarikh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Seterusnya majlis diteruskan dengan perkongsian oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Mohd. Yussof Latiff, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) mengenai Pengkisahan Merdeka: Perjalanan yang Berliku. Sesi ini turut dikendalikan oleh Dr. Muhammad Arif Aizat Bashir, Felo Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu UiTMCPP selaku moderator. Tan Sri juga turut berbesar hati menyumbangkan 4 sajak nukilan beliau kepada PTAR UiTMCPP dan kemudiannya melawat pameran-pameran yang berlangsung diiringi Rektor UiTMCPP, Timbalan Ketua Pustakawan dan Pengarah Arkib Negara Malaysia.
Comments
Post a Comment