Taklimat Perpustakaan Sempena Minggu Destini Siswa Sesi September 2023
Pada 27 September 2023 bertempat di Pusat Islam UiTM Cawangan Pulau Pinang, PTAR UiTMCPP telah dijemput untuk memberi taklimat perpustakaan kepada pelajar-pelajar baharu UiTM Cawangan Pulau Pinang yang sedang menjalani sesi Minggu Destini Siswa. Taklimat yang telah diadakan selama lebih kurang satu jam itu dihadiri oleh seramai lebih kurang 1,428 orang pelajar baharu bagi sesi September 2023.
Antara objektif utama taklimat perpustakaan ini diadakan adalah untuk memberikan pengenalan awal tentang perpustakaan yang terdapat di UiTM Cawangan Pulau Pinang. Ini termasuk mengenai maklumat-maklumat am berkenaan pengoperasian perpustakaan, kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan. Selain itu, pelajar-pelajar juga diberikan penerangan ringkas tentang PTAR Mobile App serta kemudahan pencarian maklumat di atas talian.
Taklimat yang berakhir jam 6.15 petang itu telah disampaikan oleh Cik Nor Azilawati Mohamad Azmi, Pustakawan Kanan Unit Perkhidmatan Pelanggan, PTAR UiTMCPP dengan dibantu oleh staf Unit Perkhidmatan Pelanggan dan pelajar praktikal.
Comments
Post a Comment