Program 10K Fun Walk Bersama Rektor UiTMCPP
Bertempat di pekarangan PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh, telah berlangsung Program 10K Fun Walk Bersama Rektor UiTMCPP pada 17 November 2023. Program anjuran PTAR UiTMCPP dengan kerjasama Persatuan Wanita Pulau Pinang (PEWANI) UiTMCPP ini telah disertai oleh seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan akademik dan kakitangan pentadbiran UiTM Cawangan Pulau Pinang. Program Fun Walk ini diadakan sempena Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM Cawangan Pulau Pinang 2023 dan Bulan Kesedaran Kanser Payudara (Pinktober).
Program yang dirasmikan oleh Profesor Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy bin Razali, Rektor UiTMCPP dimulakan dengan aktiviti senamrobik untuk memanaskan badan yang dipimpin oleh Saudara Mohd Saiful Effendy Mohd Shukeri dan diikuti dengan acara pelepasan para peserta Fun Walk yang dilaksanakan oleh Tuan Haji Ahmad Faizar bin Jaafar, Timbalan Ketua Pustakawan, PTAR UiTMCPP. Rektor UiTMCPP juga turut serta berjalan diiringi oleh Timbalan Ketua Pustakawan mengikuti trek berjalan kaki sekitar kawasan perumahan di luar Kampus Permatang Pauh.
Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program yang berakhir jam 12.30 tengah hari itu adalah aktiviti gotong-royong memasak mi segera untuk para peserta yang diketuai oleh Encik Muhamad Ismail Ali dan dibantu oleh ahli jawatankuasa PEWANI UiTMCPP. Selain itu, peserta juga turut dijamu dengan air Sunquick yang disediakan oleh van Sunquick yang telah dijemput untuk memeriahkan program. Sebelum bersurai, semua peserta telah mendapat hadiah bertuah daripada pihak PTAR UiTMCPP dan 6 hadiah misteri turun menjadi rebutan pesrta. Hadiah misteri telah disampaikan oleh Profesor Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy bin Razali, Rektor UiTMCPP kepada peserta yang bertuah.
Comments
Post a Comment