Kejohanan Karom Beregu Tertutup 2024

Pulau Pinang, 25 September 2024 – Kejohanan Karom Beregu Tertutup 2024 telah berlangsung dengan jayanya di Ruang LCE, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang pada hari Rabu, 25 September 2024. Acara ini dianjurkan oleh D'Cabin Carrom Club dengan kerjasama KKUUiTM Cawangan Pulau Pinang dan PTAR UiTMCPP, menarik penyertaan yang menggalakkan daripada staf UiTMCPP Kampus Permatang Pauh dan Kampus Bertam.

Majlis dimulakan pada pukul 8.30 pagi dengan ucapan pembukaan daripada wakil penganjur, pendaftaran peserta dan taklimat pertandingan. Kejohanan ini bertujuan untuk menggalakkan semangat perpaduan dan kerjasama di kalangan staf sambil mempromosikan sukan karom sebagai salah satu aktiviti rekreasi yang sihat.

62 orang peserta telah mengambil bahagian dalam suasana penuh semangat, dengan para peserta saling memberi sokongan dan sorakan. Kejohanan ini tidak hanya memberi peluang kepada peserta untuk menunjukkan kebolehan mereka, tetapi juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara staf UiTMCPP. Pemenang tempat pertama membawa pulang hadiah berupa piala dan wang tunai RM300, manakala tempat kedua dengan piala dan wang tunai RM200 dan tempat ketiga membawa pulang piala dan wang tunai RM100.





Comments