Lawatan Sambil Belajar Maahad Tahfiz Sains Darul Aman ke PTAR UiTMCPP
UiTM Cawangan Pulau Pinang, 7 November 2024 – Seramai 54 pelajar dari Sekolah Maahad Tahfiz Sains Darul Aman, Kedah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada aktiviti pembelajaran luar bilik darjah. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar serta pengalaman suasana berada di perpustakaan dan universiti.
Sesi utama lawatan ini ialah program Speed Reading yang telah disampaikan oleh Puan Farleen Azrina Zamberi dengan bantuan Puan Noor Sapiza Tajuddin dan Puan Nur Azriena Yusuf. Program ini bertujuan membantu pelajar meningkatkan keupayaan membaca pantas tanpa menjejaskan pemahaman terhadap teks. Sepanjang sesi tersebut, pelajar didedahkan kepada teknik bacaan pantas yang boleh diaplikasikan dalam pembacaan harian mereka.
Comments
Post a Comment