Lawatan Naib Canselor UiTM ke PTAR UiTMCPP
Pada 4 Mac 2024 yang lalu, UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menerima kunjungan daripada Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin. Beliau hadir untuk lawatan santai selepas menghadiri mesyuarat JKNCR pertama untuk 2024 bertempat di Canselori, Universiti Sains Malaysia.
Datuk VC memulakan lawatan santai beliau ke Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal serta ke Kolej Kristal sebelum berhenti solat di Pusat Islam UiTMCPP. Selesai solat, Datuk VC telah sudi singgah ke PTAR UiTMCPP dan diberi taklimat ringkas tentang projek-projek yang akan dijalankan di PTAR UiTMCPP termasuk Rumah Ngaji dan kerjasama bersama Apple & Switch Malaysia.
Sebelum berangkat pulang, Datuk VC telah menandatangani buku pelawat dan bergambar bersama staf PTAR UiTMCPP. Turut hadir dalam sesi lawatan santai ini ialah Rektor UiTMCPP, Profesor Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy Razali, Penolong Rektor Kampus Bertam, Encik Amir Herbed Abdullah, Wakil Fasiliti, Encik Mohd Saiful Nizam Mohammad Ali dan Timbalan Ketua Pustakawan, Tuan Haji Ahmad Faizar bin Jaafar.
Comments
Post a Comment