Team Building PTAR UiTMCPP 2024

PTAR UiTMCPP telah mengadakan program Team Building PTAR di Sumpitan Glamping, Lenggong, Perak pada 27 dan 28 Februari 2024 yang lalu. Program team building ini diadakan dengan tujuan untuk memupuk semangat berpasukan selain mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan staf PTAR.

Seramai 19 orang staf PTAR UiTMCPP termasuk Timbalan Ketua Pustakawan dan tiga orang pelajar praktikal telah mengikuti program Team Building pada tahun ini. Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang program selama 2 hari 1 malam termasuk aktiviti secara individu dan berkumpulan untuk para peserta. Aktiviti dimulakan dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh Encik Muhammad Ismail Mohd Ali selaku pengarah program dan diteruskan dengan makan tengah hari dan aktiviti berkumpulan. 

Pada sebelah malam, Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar telah dijemput mengimamkan solat maghrib berjemaah sebelum menyampaikan tazkirah ringkas kepada jemaah. Usai makan malam, program diteruskan dengan acara memotong kek untuk meraikan staf-staf yang menyambut hari kelahiran pada bulan Januari hingga Mac. Selain itu, acara penyampaian hadiah kepada semua kumpulan yang telah menjayakan aktiviti sebelah petang juga diadakan.

Hari kedua program dimulakan dengan solat subuh dan kemudiannya diikuti dengan riadah pagi brisk walking sejauh hampir 3 kilometer sambil melihat keindahan alam di kawasan sekitar perkhemahan. Selepas bersarapan, aktiviti kami disambung dengan acara bertukar-tukar hadiah dan meraikan dua orang pelajar praktikal yang telah tamat latihan pada hujung bulan Januari 2024. 

Di dalam ucapan beliau, Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar telah menzahirkan rasa bersyukur kerana program ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama yang sangat baik daripada semua staf perpustakaan. Beliau juga berharap semoga kerjasama yang baik ini dapat dikekalkan sentiasa dan berharap program seumpama ini dapat diteruskan di masa akan datang. Rombongan tiba di UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh pada jam 4.30 petang.





Comments