Lawatan Penandaarasan daripada PTAR UiTM Cawangan Melaka
Tajuk Program : Lawatan Penandaarasan daripada PTAR UiTM Cawangan Melaka
Tarikh : 16 Julai 2019 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Jumlah Peserta : 17 orang
Tarikh : 16 Julai 2019 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Jumlah Peserta : 17 orang
PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menerima kunjungan penandaarasan daripada PTAR UiTM Cawangan Melaka yang terdiri daripada 17 orang kakitangan pelbagai unit yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pustakawan PTAR Melaka, Puan Rozaimah Mat Sidek. Selepas minum pagi, rakan-rakan daripada PTAR Cawangan Melaka telah dibawa ke Bilik Mesyuarat untuk mendengar sedikit taklimat tentang perpustakaan dan kemudahan-kemudahan yang ada di PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Lawatan penandaaras ini bukan sahaja membolehkan kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat tentang cara kerja di cawangan masing-masing bahkan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara semua kakitangan. Ini juga boleh dikatakan sebagai lawatan balas bagi lawatan penandaaras yang telah dijalankan oleh PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang ke PTAR Melaka pada tahun 2018 yang lalu.
Pelawat telah dibawa melawat ke sekitar perpustakaan untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana proses-proses kerja di belakang tabir dijalankan dan melihat sendiri kemudahan dan fasiliti yang disediakan di PTAR.
Diharap lawatan ini mencapai objektif yang telah dirangka oleh PTAR Melaka dan diteruskan pada masa akan datang.
"www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
ReplyDeleteMAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc..."