Kelas Digital Percuma Canva


31 Disember 2023 - Bertempat di Pusat IT, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Pulau Pinang telah berlangsung kelas digital percuma berkenaan Canva serta pengenalan tentang "artificial intelligent" di dalam Canva. Kelas digital percuma anjuran PTAR UiTMCPP dengan kerjasama Digital Penang ini merupakan kelas kedua yang telah diadakan selepas kelas "ChatGPT" yang diadakan pada tahun 2023.

Seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada staf UiTM Cawangan Pulau Pinang dan orang awam ini telah dikendalikan oleh pengajar yang didatangkan khas daripada kumpulan Dah Digital?. Sepanjang 2 jam kelas berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan perkara asas Canva dan tip-tip berguna yang boleh diaplikasikan ketika menggunakan Canva. Sebelum kelas berakhir, para peserta diberikan tugasan untuk menyediakan satu poster promosi Dah Digital? sebagai latihan kefahaman.

Pasukan Dah Digital? juga turut disertai oleh Encik Khooi Chu Boon, Pengarah SME & Community Development, Digital Penang dan Encik Mohd Elias Akbar Md Ali, Pengurus SME & Community Development, Digital Penang. 





Comments