Sparkle Through Speech 3.0
Sempena cuti sekolah yang baru bermula, Akademi Pengajian Bahasa UiTMCPP dengan kerjasama PTAR UiTMCPP, Pusat Pendidikan UPM, Universitas Universitas Negeri Padang (UNP), Sumatera Barat, Indonesia dan Podcaster (Bakat Muda), UiTMCPP, Malaysia telah mengadakan Program Sparkle Through Speech 3.0 pada 14 dan 15 Februari 2024.
Program yang diadakan di PTAR UiTMCPP ini telah disertai oleh seramai 45 orang pelajar sekolah yang rendah yang terdiri daripada anak-anak staf UiTM Cawangan Pulau Pinang. Sepanjang 2 hari program dijalankan. pelbagai aktiviti menarik disediakan oleh pihak penganjur antaranya "Who Am I?" sebagai aktiviti "ice breaking", "Positive affirmation & chant creation" dan aktiviti "Build and Descibe" yang memerlukan peserta membina bangunan atau objek menggunakan set "lego" yang disediakan. Selain itu, peserta juga telah mengikuti bengkel "Speed Reading" yang telah disampaikan oleh Puan Farleen Azrina Zamberi, Pustakawan Kanan PTAR UiTMCPP.
Pada hari kedua pula, para peserta telah mengikuti sesi "Google Meet" bersama Dr Ridha Hasnul Ulya daripada Universitas Negeri Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Sesi kedua dilanjutkan dengan sesi bersama Podcaster Bakat Muda, Whatnow? Jomah Lepak. Para peserta kemudiannya perlu merekod podcast mengikut kumpulan berdasarkan tajuk yang mereka pilih.
Program ini diharap dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan para peserta selain meningkatkan keyakinan mereka dalam pengucapan awam dan pergaulan bersama ahli kumpulan terutamanya di dalam Bahasa Inggeris. Hadiah dan cenderahati kepada para peserta telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar diiringi oleh Cik Marni Jamil selaku wakil penganjur, Akademi Pengajian Bahasa, UiTMCPP.
Comments
Post a Comment