Lawatan Pembimbing Rakan Sebaya SMK Tinggi Bukit Mertajam

PTAR UiTMCPP Kampus Permatang Pauh telah menerima kunjungan daripada pelajar-pelajar Pembimbing Rakan Sebaya daripada SMK Tinggi Bukit Mertajam Pulau Pinang pada 5 Februari 2024. Seramai 51 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkat 2 hingga tingkatan 4 dan 4 orang guru pengiring telah turut serta di dalam sesi lawatan yang diadakan jam 9.00 pagi itu.

Sebelum lawatan dimulakan, sesi bergambar beramai-ramai telah diadakan bersama Timbalan Ketua Pustakawan, Tuan Haji Ahmad Faizar bin Jaafar dan Encik Mohd Zulkhairi Ibrahim, Pegawai Psikologi Kanan UiTM Cawangan Pulau Pinang. Para pelawat kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan untuk dibawa melawat ke sekitar perpustakaan oleh Encik Mohd Saiful Effendy Mohd Shukeri dan Encik Syarifulanuar Mat Isa, Pembantu Pustakawan Kanan, Unit Perkhidmatan Perpustakaan.

Selain dibawa melawat ke setiap aras perpustakaan, pelawat juga diberikan taklimat ringkas tentang perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di PTAR UiTMCPP. Semoga sesi lawatan yang diadakan ini dapat memberi sedikit gambaran kepada para pelawat tentang PTAR UiTMCPP dan menjadi dorongan buat pelajar menjejak kaki ke universiti di masa hadapan.



Comments