Kelas Digital Literasi : AI untuk Rakyat
Pada 10 Julai 2024, telah berlangsung satu Kelas Digital Literasi yang bertajuk AI untuk Rakyat yang diadakan di Pusat IT, PTAR UiTMCPP. Program ini adalah kolaborasi Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Pulau Pinang bersama Digital Penang di bawah aktiviti komuniti #DahDigital.
Program AI untuk Rakyat ini diadakan sebagai menyahut arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memastikan peningkatan kesedaran awam terhadap penggunaan teknologi termaju Kecerdasan Buatan atau AI kepada semua penjawat awam di kementerian/jabatan/agensi peringkat persekutuan, negeri serta badan berkanun di peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan. Program ini juga memastikan peningkatan kesedaran dalam kalangan penjawat awam mengenai penggunaan teknologi canggih.
Seramai 26 orang peserta yang terdiri daripada staf UiTM Cawangan Pulau Pinang dan orang persendirian telah mengikuti kelas yang dikendalikan oleh tim Dah Digital. Di akhir kelas ini, para peserta dikehendaki menjalani 2 kuiz untuk mendapat lencana pengiktirafan "AI Aware" dan "AI Appreciate".
Comments
Post a Comment