Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

NEWS & ACTIVITIES

Always stay in-the-know with PTAR News Hub

Dari JDT ke UiTM Cawangan Pulau Pinang

Pada 22 Ogos yang lalu, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menerima rombongan dua buah bas daripada SMK Tun Fatimah Hashim, Johor Bahru, Johor. Rombongan seramai 76 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 ini turut diiringi oleh 8 orang guru pengiring. 

Misi akademik dimulakan dengan sesi bergambar beramai-ramai di pekarangan PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang. Selepas sesi bergambar, para pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan dan telah dibawa melawat di sekitar perpustakaan sambil mendengar taklimat ringkas mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di PTAR UiTMCPP. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh staf Unit Perkhidmatan Perpustakaan PTAR iaitu Encik Mohd Shafarin Saad dan Encik Mohd Saiful Effendy Mohd Shukeri.

Selepas sesi lawatan, para pelajar berkumpul di ruang Library Community Engagement (LCE) untuk mendengar taklimat misi akademik yang dimulai dengan taklimat Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan (FPHP) yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Azila Azmi, Ketua Pusat Pengajian FPHP. Selesai taklimat tersebut, taklimat Pusat Kejuruteraan Kimia (PKK) telah disampaikan dan seterusnya taklimat Pusat Kejuruteraan Mekanikal disampaikan oleh Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Sh Mohd Firdaus Bin Sh Abdul Nasir.

Sebelum para pelajar dibawa melawat ke fakulti-fakulti tersebut, satu sesi menandatangani Jaringan Perkongsian Pintar SMK Tun Fatimah Hashim dan UiTM Cawangan Pulau Pinang telah diadakan untuk  program-program akademik seterusnya antara kedua belah pihak. Para pelajar kemudiannya meneruskan aktiviti pagi itu dengan sesi kuiz mini sebelum dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk sesi lawatan fakulti.

Diharap program misi akademik ini menjadi penghubung antara kedua-dua belah pihak dalam program akan datang di samping memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang dunia pengajian universiti. 




Meet & Greet PTAR Bersama Pengajian Kejuruteraan Awam

Sesi Meet & Greet PTAR yang terakhir bagi tahun 2024 ialah bersama Pengajian Kejuruteraan Awam yang telah diadakan pada 16 Ogos 2024 yang lalu. Pertemuan yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pengajian Kejuruteraan Awam yang terletak di tingkat 6 Bangunan Perdana UiTM Cawangan Pulau Pinang ini telah dihadiri oleh 5 orang wakil PKA dan 7 orang wakil daripada PTAR UiTMCPP.

Dalam sesi pertemuan ini, wakil PKA telah diberikan taklimat tentang perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh PTAR kepada semua pengguna perpustakaan. Selain itu, mereka juga diberikan panduan ringkas tentang penggunaan My Knowledge Management untuk memudahkan capaian kepada perkhidmatan atas talian di perpustakaan. 

Di sepanjang sesi selama lebih kurang 2 jam ini, pelbagai maklumat dan cadangan telah dikongsikan bersama untuk meningkatkan dan menambah baik kemudahan di perpustakaan. Pihak Pengajian Kejuruteraan Awam juga turut memberikan maklum balas yang amat positif dalam memastikan pelajar dan pensyarah menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan. 

Diharap pertemuan ini dapat mencapai objektif PTAR menyampaikan maklumat dan mengumpul maklum balas daripada semua pusat pengajian yang ada di UiTM Cawangan Pulau Pinang agar perkhidmatan yang lebih cekap dapat disampaikan kepada pengguna.




Program Khidmat Komuniti Sekolah: Speed Reading

 


PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menerima kunjungan daripada pelajar tingkatan 5 SMK Bandar Baru Perda, Pulau Pinang pada 15 Ogos 2024 yang lalu. Kunjungan ini adalah salah satu sesi yang diadakan di dalam Program Khidmat Komuniti Sekolah yang telah dijalankan oleh Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Seramai 37 orang pelajar bersama 4 orang guru pengiring telah hadir untuk mengikuti kelas Speed Reading yang diadakan di Pusat IT, PTAR UiTMCPP. Sesi yang berlangsung selama satu jam setengah ini telah disampaikan oleh Puan Nur Azriena Yusuf dan Puan Noor Sapiza Tajuddin selaku fasilitator Speed Reading petang itu. Antara lainnya, pelajar diberikan pendedahan awal tentang bacaan pantas tanpa mengurangkan pemahaman tentang teks yang dibaca dan teknik-teknik bacaan pantas yang boleh diaplikasi di dalam pembacaan seharian.

Program diakhiri dengan majlis penyampaian cenderahati dan sesi bergambar bersama-sama semua pelajar dan guru pengiring yang hadir.






1 Staf 1 Buku : Resensi@PTAR

Pada 7 Ogos 2024 yang lalu, PTAR UiTMCPP Kampus Permatang Pauh telah mengadakan Program 1 Staf 1 Buku : Resensi@PTAR. Program yang berlangsung selama satu jam ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat PTAR dan dihadiri oleh 19 orang staf PTAR UiTMCPP dan 6 orang pelajar praktikal perpustakaan.

Program ini diadakan untuk menyemarakkan amalan membaca sebagai gaya hidup rakyat Malaysia amnya dan kepada staf perpustakaan khususnya. Selain itu, objektif lainnya ialah untuk menggalakkan staf perpustakaan membuat pinjaman buku di perpustakaan dan memanfaatkan bahan bacaan yang ada di perpustakaan. 

Seramai 3 orang pengulas buku yang terdiri daripada staf PTAR UiTMCPP dan pelajar praktikal dijemput untuk mengulas bahan bacaan masing-masing pada sesi kali ini iaitu Puan Nur Azriena Yusuf, Puan Haslina Hamid dan Cik Rabiatul Adawiyah Sanusi. Sesi ini diharap dapat dijalankan secara berkala sebagai satu cara perkongsian ilmu di antara staf perpustakaan.





Lawatan Berpandu : SMK Jeli, Kelantan

Pada 1 Ogos 2024, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh telah menerima kunjungan daripada pelajar-pelajar SMK Jeli, Kelantan. Seramai 40 orang pelajar bersama 4 orang guru pengiring telah turut serta dalam sesi lawatan berpandu ini.

Sebaik tiba di perpustakaan, rombongan pelawat telah mengambil gambar berama-ramai di hadapan bangunan perpustakaan sebelum dibahagikan kepada dua kumpulan untuk sesi lawatan berpandu. Lawatan berpandu kali ini diterajui oleh Encik Mohd Shafarin Saad dan Encik Mohd Saiful Effendy Shukeri, staf Unit Perkhidmatan Perpustakaan PTAR UiTMCPP. Kumpulan ini dibawa melawat ke setiap aras perpustakaan dan diberikan penerangan ringkas tentang perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh PTAR UiTMCPP. Semoga penerangan dan sesi lawatan ini dapat memberi gambaran kepada para pelawat tentang situasi pembelajaran di perpustakaan khususnya dan di UiTM amnya.



News Categories

Get news according to their categories


1 Staf 1 Buku 1 AADK Pulau Pinang 1 activity 32 AI untuk Rakyat 1 Akademi Pengajian Bahasa 2 Alumni 1 APB 2 APB UiTMCPP 1 Apple Malaysia 2 Apple Technology 1 Arkib Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang 1 Bacaan Pantas 1 banjir 1 Bench Marking 4 bengkel 4 bengkel asas penulisan kreatif 1 berita 11 Bicara Ilmu 1 Bicara Tokoh 1 Boling 1 Briefing 1 brigedsukarelawanperpustakaan 1 Buku Motivasi 1 Canva 1 Ceramah 2 Ceramah Israk Mikraj 1 chatgpt 1 Citra Merdeka PTAR 1 CSR 1 Dah Digital 1 dah digital? 2 deklamasi sajak 1 Derma darah 1 Digital exhibition 8 digital literasi 1 digital penang 3 digitallibraryreferencedesk 1 Ekspo Keusahawanan 1 EmpowerEd Voice of Change 1 ExploREAD 1 Fakulti 4 Festival Hari Muzium Antarabangsa 1 FKK 3 FPHP 3 Galeri Melayu Pulau Pinang 1 Glamping 1 Hal Ehwal Pelajar 1 hands on 3 Hari Kemerdekaan 1 hari raya 1 Healing 1 HEP 1 HMP PTAR 2017 2 HMP PTAR 2018 1 IMPAK 1 InDeLiB 1 Inforace 1 Interim 1 Internship 1 Israk Mikraj 1 Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara 1 jom baca buku bersama 10 minit 3 Jom Pinjam Buku 6 Jom Sihat@PTAR 2023 1 JPK 1 JSG 1 kelabperpustakaan 1 kelas digital percuma 3 Kelas literasi 4 Khidmat Komuniti 1 King Mongkut's Institute of Technology Ladkrabang 2 KKM 3 Kolaborasi 6 Kolej Peninsula Georgetown 1 Kunjungan Hormat 1 KV Kulim 1 Language 1 Larian Amal 1 Lawatan 36 Lawatan berpandu 1 Lawatan kerja 2 Lawatan sekolah 1 Libat Urus Arkib 2 library open day 3 Library outreach 4 LibraryUiTM 5 libraryuitmpenang 37 Live@PTAR 7 Maal Hijrah 1 make over 3 mangsa banjir 1 MDS 3 Meet and Greet 5 Melaka 2 Membaca 5 Merdeka 67 1 Misi Akademik 1 misi iqra' 3 mission 8 mobilelibrary 1 MPP 1 My Favourite Read 3 My5G Portal 1 Naib Canselor UiTM 1 New arrivals 1 OCLC WorlCat Discovery 1 online guide 1 Open Mic 1 Pameran Buku Bertema 2 pameranarkib 1 PBAKL 2024 1 Pejabat Bendahari 1 pelajar baru 4 Pelajar Interim 2 pelajar praktikal 1 pelawat 14 pelawat luar 3 Pembekal Buku 1 Pembimbing Rakan Sebaya 2 Pembudayaan Ilmu 1 PEMENANG 1 Pengarang 1 Pentadbiran 1 Perasmian Sudut IQRA 1 Perjumpaan 1 Pesta Buku Antarabangsa 1 Physio Massage 1 PJIA&M 4 PKK 1 PKM 1 Program 3 Program Engineering 101 1 Program Galakan 1 Program Galakan Membaca 6 Program Kerjasama 10 Program LCE 1 Program Luar 3 Program motivasi diri 1 Program Santai 3E 2 Projek Keceriaan 3 Projek PTAR UiTMCPP 1 PSKK 2 PTAR 44 PTAR 10K Fun Walk 1 PTAR Activity 2 PTAR fun day 2 PTAR UiTMCPP 43 ptarbuddies 1 ptaruitmcpp 5 Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam 1 Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia 1 Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal 1 Read@UiTM 3 Read@UNI 7 Resensi@PTAR 1 Resonance of Liberation:Save Palestine 1 Ruang LCE 3 Rumah Ngaji 1 Rumah Ngaji Pulau Pinang 1 Sahabat Surau 1 Sambutan Bulan Kemerdekaan 1 santai 9 Santai Catur@PTAR 1 Sekolah 1 Selangkah ke UiTM 2024 1 self taught 2 Seminar Pemikiran P. Ramlee. PTAR UiTMCPP 1 Senamrobik 1 Sesi Santai Bersama Rektor 1 Sharing 1 Sistem WILS 1 SMK Bakti 1 SMK Bandar Baru Perda 1 SMK Jeli 1 SMK Tajar 1 SMK Tinggi Bukit Mertajam 1 SMK Tun Fatimah Hashim 1 Sparkle Through Speech 3.0 1 Speed Reading 5 staf PTAR 38 Student 10 Sukan 2 Sumbangan buku 1 Surah Al Jumu'ah 1 Switch 1 Switch Apple 2 Tadabbur 1 taklimat 17 Taklimat EDU 5.0 1 taklimat perpustakaan 2 Taman Serai Wangi Fasa 1 1 tamat latihan 1 team building 3 team work 12 TEKAD 1 TVET 1 UHEI UiTMCPP 4 UiTMCPP 9 ulasan buku 2 Unit Arkib 6 Unit Kerjaya dan Kaunseling 2 Unit perkhidmatan maklumat 1 Unlock Your Voice 2 Ustaz Manis 1 video 2 weekend 1 World #QuranHour 3 YaPEIM 1 YAWATIM 1

PTARPP – TELEGRAM

PTARPP - FACEBOOK

LATEST ARTICLES