1 Staf 1 Buku : Resensi@PTAR
Pada 7 Ogos 2024 yang lalu, PTAR UiTMCPP Kampus Permatang Pauh telah mengadakan Program 1 Staf 1 Buku : Resensi@PTAR. Program yang berlangsung selama satu jam ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat PTAR dan dihadiri oleh 19 orang staf PTAR UiTMCPP dan 6 orang pelajar praktikal perpustakaan.
Program ini diadakan untuk menyemarakkan amalan membaca sebagai gaya hidup rakyat Malaysia amnya dan kepada staf perpustakaan khususnya. Selain itu, objektif lainnya ialah untuk menggalakkan staf perpustakaan membuat pinjaman buku di perpustakaan dan memanfaatkan bahan bacaan yang ada di perpustakaan.
Seramai 3 orang pengulas buku yang terdiri daripada staf PTAR UiTMCPP dan pelajar praktikal dijemput untuk mengulas bahan bacaan masing-masing pada sesi kali ini iaitu Puan Nur Azriena Yusuf, Puan Haslina Hamid dan Cik Rabiatul Adawiyah Sanusi. Sesi ini diharap dapat dijalankan secara berkala sebagai satu cara perkongsian ilmu di antara staf perpustakaan.
Comments
Post a Comment