Meet & Greet PTAR Bersama Pengajian Kejuruteraan Awam
Sesi Meet & Greet PTAR yang terakhir bagi tahun 2024 ialah bersama Pengajian Kejuruteraan Awam yang telah diadakan pada 16 Ogos 2024 yang lalu. Pertemuan yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pengajian Kejuruteraan Awam yang terletak di tingkat 6 Bangunan Perdana UiTM Cawangan Pulau Pinang ini telah dihadiri oleh 5 orang wakil PKA dan 7 orang wakil daripada PTAR UiTMCPP.
Di sepanjang sesi selama lebih kurang 2 jam ini, pelbagai maklumat dan cadangan telah dikongsikan bersama untuk meningkatkan dan menambah baik kemudahan di perpustakaan. Pihak Pengajian Kejuruteraan Awam juga turut memberikan maklum balas yang amat positif dalam memastikan pelajar dan pensyarah menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan.
Diharap pertemuan ini dapat mencapai objektif PTAR menyampaikan maklumat dan mengumpul maklum balas daripada semua pusat pengajian yang ada di UiTM Cawangan Pulau Pinang agar perkhidmatan yang lebih cekap dapat disampaikan kepada pengguna.
Comments
Post a Comment