Kempen 1 Staf 1 Buku
Pada 15 Ogos 2023, PTAR UiTMCPP Kampus Permatang Pauh telah mengadakan Kempen 1 Staf 1 Buku ke pejabat bahagian-bahagian di Bangunan Perdana UiTMCPP. Kempen ini merupakan kesinambungan program "Mobile Library" di mana PTAR UiTMCPP membawa bahan bacaan ke tempat pengguna.
Antara objektif kempen ini diadakan adalah untuk menggalakkan staf UiTMCPP membuat pinjaman buku seterusnya memupuk tabiat suka membaca di kalangan mereka. Selain itu, kempen ini juga diadakan untuk menyebarluas maklumat tentang kemudahan perkhidmatan pelanggan yang disediakan seperti "Book Delivery Service", Mobile Apps dan penggunaan OPAC.
Tim Kempen 1 Staf 1 Buku memulakan kempen dengan mengunjungi Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan juga Pejabat Pentadbiran di Tingkat 8, Bangunan Perdana UiTM Cawangan Pulau Pinang. Pejabat-pejabat lain yang sempat dikunjungi termasuk Pejabat Rektor, Pejabat PJIA&M, Pejabat Bendahari dan Pejabat Infotech. Sebanyak 57 buah naskhah buku agama, motivasi dan novel Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah dipinjam sepanjang 2 jam lebih kempen diadakan. Diharap kempen sebegini dapat mencapai objektif program yang telah digariskan.
Comments
Post a Comment