Kunjungan ke Galeri Melayu Pulau Pinang dan Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara
Unit Arkib telah membuat sesi lawatan dan kunjungan ke Galeri Melayu Pulau Pinang dan Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara pada 3 Ogos 2023. Lawatan ini telah disertai oleh Puan Farleen Azrina Zamberi (Pustakawan Kanan), Puan Zuriada Basir (Pembantu Pustakawan Tertinggi), Encik Mohd Roslan Rosli (Pembantu Pemuliharaan Kanan) dan Encik Muhammad Bukharie Hamzah (Pembantu Pemuliharaan), Unit Arkib UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Lawatan ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan informasi berkaitan warisan di Pulau Pinang serta mendapatkan khidmat nasihat serta pandangan tentang penyediaan pameran bulan kemerdekaan.
Galeri Melayu Pulau Pinang terletak di Jalan Hutton turut dikenali dengan nama Rumah Teh Bunga dibina sekitar tahun 1893. Terdapat galeri yang berbeza yang mempamerkan aktiviti perdagangan, agama, adat resam, barang kemas dan cara hidup orang Melayu Pulau Pinang.Unit Arkib juga telah melawat ke Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara yang terletak di Kompleks Pustaka Warisan Negeri, Jalan P. Ramlee yang merangkumi tapak rumah tempat kelahiran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Comments
Post a Comment