Lawatan Sambil Belajar Kolej Vokasional Nibong Tebal

Pada 3 Ogos 2023, PTAR UITMCPP telah menerima kunjungan daripada pelajar semester 1 Program Kesetiausahaan Pentadbiran & Program Pengurusan Perniagaan, Kolej Vokasional Nibong Tebal. Kehadiran pelawat ini adalah bersempena dengan Program Lawatan Sambil Belajar ke UiTM Cawangan Pulau Pinang anjuran Unit Psikologi dan Kerjaya Kolej Vokasional Nibon Tebal.

Kehadiran seramai 30 orang pelajar bersama 2 pensyarah pengiring turut diraikan oleh Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar, Timbalan Ketua Pustakawan, PTAR UiTMCPP dan Cik Nor Azilawati Mohamad Azmi, Pustakawan Kanan PTAR UiTMCPP. Pelawat telah dibawa melawat sekitar PTAR UiTMCPP dan diberi taklimat ringkas oleh Encik Mohd Shafarin Saad, Pembantu Pustakawan PTAR UiTMCPP.

Terdahulu para pelawat telah diraikan di Unit Pengurusan Kolej & Non Resident (Dapur HEP, Ruang Bebas Stres “Bayu Kristal” dan Kemudahan Pelajar).




Comments