Larian Amal Penyayang & Sukaneko Bersama Alumni, Komuniti & Industri UiTMCPP 2024

Pada 17 dan 18 Mei 2024, Akademi Pengajian Bahasa dengan kerjasama pelbagai unit dalaman termasuk Kelab Budi Penyayang UiTM Cawangan Pulau Pinang bersama PJIM&A dan MASMED serta Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menganjurkan Penyayang Charity Fun Run & "Sukaneko" Bersama Alumni, Komuniti & Industri di Kampus UiTM Permatang Pauh. Kemuncak acara tersebut ialah Larian Amal Penyayang yang bermula seawal jam 7.00 pagi di parkir PTAR Kampus Permatang Pauh, bertujuan memupuk semangat kesukarelaan dan mengeratkan silaturahim antara warga kampus serta komuniti luar. Antara Aktiviti yang diadakan : • Larian Amal: 150 peserta, dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor ICAN UiTM, Profesor TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah, serta dihadiri oleh Rektor Kampus, Profesor Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy Razali. • “Sukaneko”: Pertandingan FIFA, mencanting batik, kraf tangan, Tangram Jump Rope dan lain-lain. • Sesi bersama alumni UiTM: "Transformasi Diri: Merubah Keraguan menjadi Kekuatan." • Ekspo Keusahawanan: Jualan makanan, pakaian bundle dan minuman di parkir hadapan PTAR. • Pameran Kucing: Promosi kucing jalanan untuk dijadikan kucing angkat. Program ini berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang dan dihadiri oleh pelajar, staf dan warga setempat.







"PTAR UiTMCPP: Gedung Ilmu, Nadi Aktiviti."





Comments