Seminar Pemikiran P. Ramlee "Sepanjang Riwayatku"
Pada 10 Mei 2024 yang lepas, Unit Arkib Universiti Cawangan Pulau Pinang telah memenuhi undangan Arkib Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang ke Seminar Pemikiran P. Ramlee "Sepanjang Riwayatku" di Hotel Royale Chulan Georgetown . Seminar ini dirasmikan oleh YB Wong Hon Wai, Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri Pulau Pinang mewakili YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang.
Sesi pertama bertajuk "Imej Masyarakat MADANI Dalam Karya P. Ramlee" bersama panel iaitu YBhg. Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, YBhg. Datu Dr. Hj. Adi Badiozaman Tuah dan Dr. Selvarani A/P Kovil Pillai, serta moderator Encik Azrie Izham Hamzah.
Sesi petang pula bertajuk "P. Ramlee Yang Ku Kenali" bersama seniwati-seniwati iaitu YBhg. Dato’ Rosnani Jamil, Puan Ruminah Sidek, Puan Sophia Ibrahim, dan moderator Encik Mohammad Rohaizad bin Hj. Mohamad Rasid. Dalam sesi ini para panel jemputan telah berkongsi dengan penonton pengalaman bekerja dan detik perkenalan serta kenangan bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Unit Arkib Universiti Cawangan Pulau Pinang telah diwakili oleh 4 orang staf PTAR UiTMCPP dan 5 orang pelajar daripada Kelab Kebudayaan UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Comments
Post a Comment