Program Alumni Expert Sharing

Pada 18 Mei 2024, sempena Larian Amal Penyayang & SukaNeko anjuran PJIM&A UiTMCPP, Kelab Penyayang dan MASMED UiTMCPP dengan kerjasama PTAR UiTMCPP telah berlangsung satu program Alumni Expert Sharing (Open Mic). Program dengan tajuk Transformasi diri : Merubah keraguan menjadi kekuatan ini telah disampaikan oleh Puan Shailey Azizah Azmi daripada Dayyan Group Empire. Beliau merupakan alumni UiTM tahun 2012 daripada Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan.

Sesi yang diadakan selama satu jam bermula jam 10.00 pagi ini telah diadakan di ruang Library Community Engagement (LCE) dengan penyertaan oleh pelajar-pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang.





Comments