Sesi santai bersama Rektor UiTMCPP

Bertempat di ruang LCE, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, satu sesi santai bersama Rektor UiTMCPP telah diadakan bersama staf-staf PTAR UiTMCPP. Sesi yang berlangsung pada 20 Mei 2024 ini telah dihadiri oleh Rektor UiTMCPP, Profesor Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy Razali bersama barisan ahli tetap JKEN dan semua staf PTAR UiTMCPP.

Antara objektif sesi santai bersama rektor ini diadakan ialah untuk berkenalan dengan staf-staf perpustakaan selain mendapatkan maklum balas tentang tugasan di perpustakaan. Dalam pertemuan selama lebih kurang satu jam setengah itu, rektor dan barisan ahli tetap JKEN telah sudi mendengar permasalahan dan cadangan yang disampaikan oleh staf-staf perpustakaan. Permasalahan yang dibangkitkan ini perlu diperhalusi dan dibuat penambahbaikan untuk memastikan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan dapat disediakan dengan lebih efektif.

Semoga segala cadangan dan maklumat yang disampaikan mendapat perhatian dan tindakan daripada pihak pengurusan demi kecemerlangan staf perpustakaan.




Comments