CERAMAH 'ILAJ SYARIE: ZIKIR TERAPI DIRI
PTAR UiTMCPP Bertam Anjur Ceramah 'Ilaj Syarie: Zikir Terapi Diri
PERMATANG PAUH, 17 JANUARI 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam dan Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) akan menganjurkan program kerohanian bertajuk 'CERAMAH 'ILAJ SYARIE: ZIKIR TERAPI DIRI'.
Ceramah tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga kampus tentang kepentingan rawatan secara Syariah dan menjadikan zikir sebagai kaedah terapi diri dalam kehidupan seharian.
Program ini akan menampilkan Ustaz Zamri Samsudin sebagai penceramah jemputan.
| Butiran Program | |
| Tarikh | Jumaat, 17 Januari 2025 |
| Masa | 8.30 Pagi |
| Tempat | Ruang LCE, PTAR UiTMCPP Kampus Bertam |
semoga semua staf dan pelajar yang hadir dapat manfaat daripada majlis ilmu ini.


Comments
Post a Comment