Lawatan PTAR UiTMCPP ke Festival Antarabangsa Seni Al-Quran Restu

Shah Alam, 25 Januari 2025 (Sabtu) - Rombongan staf Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Pulau Pinang (PTAR UiTMCPP) yang diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar telah menghadiri Festival Antarabangsa Seni Al-Quran Restu di Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor, Shah Alam. Lawatan bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada 1.30 petang.

Ketibaan rombongan disambut oleh Tuan Haji Azhar Amanullah, Pengarah STEM Quran Yayasan Restu Wilayah Utara, dan Encik Anuar Omar, Ketua Pegawai Operasi Yayasan Restu Wilayah Utara. Para peserta kemudiannya dibawa melawat reruai pameran yang menampilkan pelbagai elemen seni dan keilmuan Islam.

Antara yang menarik perhatian ialah Pameran Rehlah Baginda Rasulullah SAW, Pameran Mahabbah Al-Haramain, serta pameran jualan buku dan barangan lain yang menggambarkan kepelbagaian budaya Islam.

Lawatan ini memberi pengalaman bermakna kepada para peserta, terutamanya dalam mendalami nilai seni dan ilmu yang terkandung dalam tradisi Islam melalui karya Al-Quran serta hasil seni lain yang dipamerkan.

Comments