AUDIT iQMS KITARAN 7 – UiTMCPP 2025
Pulau Pinang, 17–19 Jun 2025 – UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menjalani Audit Integrated Quality Management System (iQMS) bagi Kitaran ke-7 Tahun 2025 sebagai sebahagian daripada usaha berterusan universiti dalam memastikan pematuhan terhadap piawaian kualiti yang ditetapkan.
Bagi UiTMCPP Kampus Bertam, Program HS114 Fisioterapi merupakan antara program akademik yang dipilih untuk disemak dan dinilai, khususnya dari aspek pentaksiran dan penilaian akademik. Audit ini bertujuan memastikan pelaksanaan program berjalan selaras dengan keperluan sistem pengurusan kualiti universiti.
Ketua Auditor, Ts. Mohd Norafizal Abd Aziz, turut mengadakan sesi lawatan audit ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Kampus Bertam. Fokus audit di PTAR merangkumi semakan koleksi bahan Fisioterapi sama ada dalam bentuk fizikal dan digital, di samping penilaian terhadap kemudahan serta perkhidmatan perpustakaan yang disediakan untuk menyokong keperluan warga kampus.
Sesi lawatan audit ini berperanan penting dalam membantu PTAR mengekalkan tahap kualiti perkhidmatan yang cemerlang serta memastikan ia sentiasa selaras dengan piawaian universiti. PTAR UiTMCPP komited untuk terus menyokong pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan melalui penyediaan fasiliti dan sumber maklumat yang terbaik.


Comments
Post a Comment