Lawatan Penanda Aras Bahagian Rujukan Maklumat, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang
Pulau Pinang, 25 Jun 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menerima lawatan penanda aras daripada Bahagian Rujukan Maklumat, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang yang melibatkan tiga orang pegawai.
Lawatan yang berlangsung dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang di sekitar PTAR UiTMCPP ini bertujuan memberi pendedahan mengenai kemudahan serta perkhidmatan perpustakaan termasuk penggunaan Sistem PERMATA. Taklimat telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar, Ketua Perpustakaan Cawangan UiTMCPP bersama Encik Nurulizwan Amir dan Cik Nor Azilawati Mohamad Azmi, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP).
Program ini diharap dapat mengukuhkan perkongsian ilmu serta kerjasama strategik antara PTAR UiTMCPP dan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dalam bidang pengurusan maklumat dan perkhidmatan perpustakaan.


Comments
Post a Comment