Pameran Sejarah UiTM Cawangan Pulau Pinang

 


Pulau Pinang, 26 Jun 2025 – Unit Arkib UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan Pameran Sejarah UiTM Cawangan Pulau Pinang sempena Karnival Kokurikulum dan STEM Exploration Fest bertempat di SMK Permatang Pasir.

Pameran yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang ini bertujuan memperkenalkan sejarah dan perkembangan UiTM Cawangan Pulau Pinang kepada para pelajar serta pengunjung. Program ini turut dipromosikan melalui media Facebook rasmi Unit Arkib UiTM Cawangan Pulau Pinang sebagai usaha memperluas capaian maklumat kepada masyarakat.







Penganjuran pameran ini mencerminkan komitmen UiTM Cawangan Pulau Pinang dalam memupuk minat terhadap sejarah institusi serta menyokong pendedahan awal pelajar sekolah kepada dunia akademik dan STEM.




Comments