Program Meet & Greet PTAR UiTMCPP bersama Pengajian Kejuruteraan Kimia
Pulau Pinang, 25 Jun 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan Program Meet & Greet PTAR UiTMCPP bersama Pengajian Kejuruteraan Kimia bertempat di Pusat IT, PTAR UiTMCPP.
Program yang berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi ini melibatkan penyertaan tiga orang pensyarah daripada Pengajian Kejuruteraan Kimia (PKK). Program ini bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak perpustakaan dan fakulti di samping memperkenalkan perkhidmatan serta sistem yang disediakan oleh PTAR.
Sepanjang sesi berlangsung, para peserta telah diberikan taklimat berkenaan Sistem PERMATA serta perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh perpustakaan. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar, Ketua Perpustakaan Cawangan UiTMCPP dan Encik Nurulizwan Amir.
Program ini diharap dapat meningkatkan kefahaman warga akademik terhadap kemudahan dan perkhidmatan PTAR serta memperkukuh sokongan perpustakaan terhadap aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di UiTM Cawangan Pulau Pinang.


Comments
Post a Comment