LIVE@PTAR: PROGRAM AKIDAH GPS OF LIFE

 


Program Akidah: GPS of Life telah disiarkan secara hybrid pada 16 Oktober 2025 (Khamis) dari 2.00 petang hingga 3.00 petang, bertempat di Ruang LCE PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh, serta melalui YouTube PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Program ini merupakan satu inisiatif yang membuka minda dan menyentuh persoalan asas kehidupan dengan berpandukan akidah yang kukuh. Setiap perkongsian yang disampaikan telah memberi dorongan serta mencetuskan refleksi diri, sekali gus menyedarkan para peserta tentang kepentingan akidah sebagai kompas utama dalam mengharungi cabaran kehidupan.















Comments