LIVE@PTAR: PROGRAM TASAWUF LUCID BERSAMA IMAM MUDA AZHAR
Program Tasawuf Lucid bersama Imam Muda Azhar telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Oktober 2025 (Khamis) dari 10.00 pagi hingga 11.00 pagi bertempat di Ruang LCE PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh, serta disiarkan melalui YouTube PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Program ini dianjurkan bersempena Karnival Check-In Masjid oleh Unit Hal Ehwal Islam dengan kerjasama PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh. Imam Muda Azhar telah menyampaikan kupasan yang menarik mengenai tasawuf dalam kehidupan moden dengan penuh hikmah serta kefahaman yang mendalam, sekali gus memberi manfaat dan penghayatan kepada para peserta.


Comments
Post a Comment