Taklimat Perpustakaan Pelajar Baharu UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh sempena Minggu Destini Siswa Sesi Oktober 2025.

 


Taklimat Perpustakaan kepada Pelajar Baharu UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh telah diadakan sempena Minggu Destini Siswa Sesi Oktober 2025 pada 3 Oktober 2025 (Jumaat) bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Pulau Pinang. Program ini berlangsung dari jam 10.15 pagi hingga 4.15 petang dengan kehadiran pelajar secara berkumpulan dan melibatkan seramai 1,459 orang pelajar baharu.

Taklimat ringkas perpustakaan telah disampaikan oleh para Pegawai Unit Sokongan Penyelidikan dan Unit Perkhidmatan Pelanggan, diketuai oleh Encik Nurulizwan Amir, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP). Antara pengisian taklimat adalah berkaitan waktu perkhidmatan perpustakaan, urusan pinjaman dan pemulangan bahan, sahsiah rupa diri serta peraturan yang perlu dipatuhi oleh pengguna perpustakaan. Selain itu, para pelajar turut diberikan tunjuk ajar mengenai pendaftaran Sistem PERMATA menggunakan telefon bimbit masing-masing.






Comments