KUNJUNGAN HORMAT JPP UiTM CPP SESI 2025/2026 KE PTAR

 

Pulau Pinang, 11 Disember 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh telah menerima kunjungan hormat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Sesi 2025/2026 pada jam 11.00 pagi.



Kunjungan ini bertujuan memperkenalkan barisan jawatankuasa JPP yang baharu kepada pihak PTAR serta mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak. Sesi dimulakan dengan pengenalan struktur organisasi dan portfolio jawatankuasa JPP, diikuti perkongsian ringkas daripada pihak PTAR berkaitan perkhidmatan perpustakaan, sokongan akademik, serta peluang kolaborasi yang boleh dilaksanakan bersama.

Kunjungan ini diakhiri dengan sesi fotografi sebagai simbolik pemerkasaan hubungan dua hala antara PTAR dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Comments