LAWATAN PENANDA ARAS PTAR UiTM CPP KE TERENGGANU DAN KELANTAN

 

Pulau Pinang, 16–18 Disember 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan lawatan penanda aras ke beberapa institusi pengajian tinggi di Terengganu dan Kelantan, termasuk Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA); Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu (UMT); Perpustakaan Universiti College Bestari, Setiu; dan Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Machang.











Lawatan ini bertujuan bertukar pandangan dan berkongsi amalan terbaik dalam pengurusan perpustakaan akademik, khususnya mengenai perkhidmatan digital, pengurusan koleksi, inovasi ruang pembelajaran, serta penggunaan teknologi terkini bagi menyokong pengajaran, pembelajaran, dan penyelidikan. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara perpustakaan institusi pengajian tinggi dan membuka ruang untuk kolaborasi masa depan.

Diharapkan lawatan penanda aras ini dapat memberi nilai tambah dan impak positif kepada PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan serta inovasi perpustakaan, sekaligus memperkasakan peranan perpustakaan sebagai Pusat Pembelajaran Dinamik (Vibrant Centre of Learning) selari dengan aspirasi universiti.

Comments