SESI LIBAT URUS PENGURUSAN REKOD DAN ARKIB BERSAMA PEJABAT POLIS BANTUAN
Pulau Pinang, 23 Disember 2025 – Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib bersama Pejabat Polis Bantuan telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Polis Bantuan. Sesi ini memberi tumpuan kepada tatacara pelupusan dan penyerahan rekod penting universiti selaras dengan keperluan pengurusan rekod yang sistematik dan berpiawaian.
Selain sesi perbincangan, lawatan ke Bilik Fail Pejabat Polis Bantuan turut dilaksanakan bagi menilai tahap pengurusan fail sedia ada serta proses pelupusan fail tidak aktif. Sesi libat urus ini telah dikendalikan oleh Unit Arkib Cawangan di bawah pimpinan Puan Farleen Azrina Zamberi.
Program ini bertujuan memperkukuh amalan pengurusan rekod dan arkib di peringkat jabatan, sekali gus memastikan pematuhan kepada prosedur serta kelestarian pengurusan dokumen universiti.


Comments
Post a Comment