LAWATAN SMK KAMPONG SELAMAT KE PTAR UiTM CAWANGAN PULAU PINANG
Pulau Pinang, 18 Disember 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menerima lawatan seramai 40 orang pelajar bersama dua orang guru pengiring dari SMK Kampong Selamat, Tasek Gelugor. Lawatan yang berlangsung dari jam 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai peranan perpustakaan sebagai pusat rujukan akademik.
Sepanjang lawatan, para pelajar dibawa melawat sekitar perpustakaan sambil diberikan taklimat ringkas mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. Selain itu, para pelajar turut menyertai sesi kuiz berkaitan universiti dan perpustakaan yang dikendalikan oleh Puan Suhaiza Hasan, Pengendali Misi Akademik, bagi menguji kefahaman serta meningkatkan minat terhadap penggunaan sumber maklumat.
Lawatan ini diharap dapat menggalakkan pelajar memanfaatkan perpustakaan sebagai sumber pembelajaran yang berkesan. Program diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai sebagai kenangan lawatan.


Comments
Post a Comment