Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh bagi Program Sarjana Pengurusan Projek (CEEC707)

 



Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah menerima Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh bagi Program Sarjana Pengurusan Projek (CEEC707).

Lawatan penilaian tersebut berlangsung dari jam 12.30 tengah hari hingga 1.00 tengah hari bertempat di PTAR UiTMCPP dan melibatkan kehadiran panel penilai terdiri daripada YBrs. Prof. Dr. Sr. Abdul Rashid bin Abdul Aziz, YBrs. Dr. Hairuddin bin Mohammad serta Encik Mohd Zulkarami bin Ismail.

Sepanjang sesi lawatan, Encik Nurulizwan Amir, Pustakawan Kanan PTAR UiTMCPP bersama Timbalan Ketua Pustakawan, Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar telah mengiringi panel penilai bagi melengkapkan proses penilaian yang dijalankan. Sesi ini merangkumi penilaian terhadap kemudahan, perkhidmatan serta sokongan akademik perpustakaan dalam menyokong pelaksanaan program pengajian berkenaan.





Lawatan ini merupakan sebahagian daripada proses jaminan kualiti akademik dan mencerminkan komitmen PTAR UiTMCPP dalam menyediakan perkhidmatan perpustakaan yang berkualiti serta selaras dengan keperluan akreditasi program pascasiswazah.





Comments