Program World #QuranHour 1446 Hijrah Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2025

 


Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah menjadi salah satu lokasi bersama bagi penganjuran Program World #QuranHour 1446 Hijrah Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2025 yang berlangsung pada hari ini.

Program yang diadakan dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Ruang LCE, PTAR UiTMCPP ini merupakan sebahagian daripada inisiatif global World #QuranHour yang bertujuan menyatukan ummah melalui pembacaan, pemahaman dan penghayatan Al-Quran secara serentak.

Program ini menampilkan dua penceramah jemputan, iaitu Ustazah Hasnah Hj Mohd Idris, pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar, serta Pn Shafa Abdul Manaff, Pegawai daripada Yayasan Restu Wilayah Utara, yang menyampaikan pengisian berkaitan tadabbur Al-Quran dan penghayatan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Bagi penganjuran peringkat negeri, Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Pulau Pinang telah dipilih sebagai Lokasi Perdana, manakala beberapa institusi lain turut terlibat sebagai Lokasi Bersama, termasuk UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh, Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang, Sekolah Menengah Kebangsaan Bayan Lepas dan Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat.






Penyertaan PTAR UiTMCPP dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan perpustakaan dalam menyokong aktiviti kerohanian serta memperkukuh peranan institusi sebagai pusat ilmu yang bukan sahaja memfokuskan akademik, malah pembangunan sahsiah dan rohani warga kampus serta komuniti setempat.

#WorldQuranHour #SavingTheUmmah #ptaruitmcpp #AsSaff


Comments