PTAR UiTMCPP Anjur Majlis Bacaan Yasin
PERMATANG PAUH, 21 Mac – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin yang melibatkan penyertaan staf PTAR UiTMCPP pada pagi ini.
Majlis yang berlangsung pada jam 9.00 pagi bertempat di Ruang LCE, PTAR UiTMCPP ini dipimpin oleh Saudara Muhamad Luqman Al Hakim Mohd Hanafiah, Pembantu Pustakawan PTAR UiTMCPP. Program ini diadakan sebagai pengisian rohani serta usaha memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja perpustakaan.
Penganjuran majlis bacaan Yasin ini turut mencerminkan komitmen PTAR UiTMCPP dalam membudayakan amalan kerohanian di tempat kerja, di samping mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan diberkati.
Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform mendekatkan warga PTAR UiTMCPP dengan nilai-nilai murni dan penghayatan Islam dalam kehidupan seharian.


Comments
Post a Comment