Sakuraya 2025: Menyatukan Budaya Jepun dan Melayu di UiTM Bertam
Pulau Pinang, 25 Februari
2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus
Bertam menjadi tempat berlangsungnya penganjuran Program Sakuraya: Merentas Bahasa
dan Budaya. Acara ini bertujuan untuk memperkenalkan budaya Jepun dan Melayu
kepada para peserta melalui aktiviti-aktiviti menarik yang telah disusun dan dirancang, sekaligus memperkukuh hubungan akademik dan sosial antara
kedua-dua negara.
Program ini telah dirasmikan
oleh Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTM, Yang Berusaha Haji Ahmad Faizar bin
Jaafar. Turut hadir dalam majlis ini ialah Dr. Mohd Nadzri bin Mohd Najib,
Ketua Pusat Pengajian Fakulti Farmasi; Puan Faridah Mohamed dari Tokyo University
of Foreign Studies (TUFS); serta Cik Nurul Alyaa Ibrahim selaku pengarah
program. Kehadiran mahasiswa TUFS serta para pensyarah dan pelajar UiTM
menambahkan lagi kemeriahan acara ini.
Program perintis ini turut
menyaksikan komitmen UiTM Bertam dan TUFS dalam mengukuhkan lagi kerjasama
akademik di masa hadapan. Program ini diharapkan akan menjadi pemangkin kepada
lebih banyak inisiatif silang budaya yang memberi manfaat kepada pelajar dan
tenaga akademik kedua-dua institusi.
Comments
Post a Comment