Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

NEWS & ACTIVITIES

Always stay in-the-know with PTAR News Hub

Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail

Pada 3 dan 4 September 2024, bertempat di ruang Library Community Engagement, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah diadakan Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail kepada Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) UiTM Cawangan Pulau Pinang, Cawangan Kedah dan Cawangan Perlis. Seramai 70 orang pembantu tadbir rekod jabatan daripada ketiga-tiga cawangan UiTM telah mengikuti bengkel yang berlangsung selama dua hari ini.

Antara objektif bengkel ini dilaksanakan ialah untuk memberi kefahaman kepada peserta berkenaan sistem klasifikasi baharu yang akan dilaksanakan ke seluruh sistem UiTM. Selain itu, bengkel ini juga diadakan untuk menyediakan dan membangunkan satu kerangka klasifikasi fail baharu yang melibatkan semua PTJ UiTM Cawangan Pulau Pinang, Cawangan Kedah dan Cawangan Perlis serta membuat pemetaan semula nombor klasifikasi fail yang sedia ada dengan sistem klasifikasi fail yang baharu. Ia juga diharapkan dapat membantu semua pembantu tadbir yang terlibat untuk menyusun, menjelas dan menghubung kait klasifikasi fail sedia ada dengan klasifikasi fail yang baharu.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Puan Azniza binti Mohamad Nor, Penolong Pendaftar Kanan, Unit Perkhidmatan Rekod, Bahagian Arkib Universiti, PTAR Shah Alam. Selain memberi penjelasan tentang klasifikasi baharu yang akan dilaksanakan oleh UiTM, beliau juga turut menjawab soalan-soalan para peserta dan memberi bantuan dalam tugasan yang telah diberikan kepada para peserta.

Bengkel dua hari ini telah diakhiri pada hari kedua dengan penyerahan cenderahati kepada penceramah jemputan dan sesi bergambar beramai-ramai bersama para peserta.





Comments

News Categories

Get news according to their categories


1 Staf 1 Buku 2 AADK Pulau Pinang 1 activity 32 AI untuk Rakyat 1 Akademi Pengajian Bahasa 2 Alumni 1 APB 2 APB UiTMCPP 1 Apple Malaysia 2 Apple Technology 1 Arkib Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang 1 Bacaan Pantas 1 banjir 1 Bench Marking 4 bengkel 4 bengkel asas penulisan kreatif 1 Bengkel Kaligrafi Islam 1 Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail 1 berita 11 Bicara Ilmu 1 Bicara Tokoh 1 Boling 1 Briefing 1 brigedsukarelawanperpustakaan 1 Buku Motivasi 1 Canva 1 Ceramah 2 Ceramah Israk Mikraj 1 chatgpt 1 Citra Merdeka PTAR 1 CSR 1 D Cabin Carrom Club 1 Dah Digital 2 dah digital? 2 deklamasi sajak 1 Derma darah 1 Digital exhibition 8 digital literasi 2 digital penang 4 digitallibraryreferencedesk 1 Ekspo Keusahawanan 1 EmpowerEd Voice of Change 1 EP 1 ExploREAD 1 Fakulti 4 Festival Hari Muzium Antarabangsa 1 FKK 3 FPHP 3 Galeri Melayu Pulau Pinang 1 Glamping 1 Hal Ehwal Pelajar 1 hands on 3 Hari Kemerdekaan 1 hari raya 1 HEA 1 Healing 1 HEP 1 HMP PTAR 2017 2 HMP PTAR 2018 1 IMPAK 1 InDeLiB 1 Inforace 1 Interim 1 Internship 1 Israk Mikraj 1 Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara 1 jom baca buku bersama 10 minit 3 Jom Pinjam Buku 6 Jom Sihat@PTAR 2023 1 JPK 1 JSG 1 Kejohanan Karom Beregu 1 kelabperpustakaan 1 kelas digital percuma 3 Kelas literasi 4 keselamatan siber 1 Khidmat Komuniti 1 King Mongkut's Institute of Technology Ladkrabang 2 KKM 3 KKUUiTMCPP 1 Kolaborasi 8 Kolej Peninsula Georgetown 1 Kunjungan Hormat 1 KV Kulim 1 Language 1 Larian Amal 1 Lawatan 36 Lawatan berpandu 3 Lawatan kerja 2 Lawatan sekolah 3 Libat Urus Arkib 2 library open day 3 Library outreach 4 LibraryUiTM 5 libraryuitmpenang 37 Live@PTAR 7 Maal Hijrah 1 make over 3 mangsa banjir 1 MDS 3 Meet and Greet 5 Melaka 2 Membaca 5 Merdeka 67 1 Misi Akademik 3 misi iqra' 3 mission 8 mobilelibrary 1 MPP 1 MRSM Merbok 1 My Favourite Read 3 My5G Portal 1 Naib Canselor UiTM 1 New arrivals 1 OCLC WorlCat Discovery 1 online guide 1 Open Mic 1 Pameran Buku Bertema 2 pameranarkib 1 PBAKL 2024 1 Pejabat Bendahari 1 Pejabat Rektor 1 pelajar baru 4 Pelajar Interim 2 pelajar praktikal 1 pelawat 14 pelawat luar 3 Pembantu Tadbir Rekod Jabatan 1 Pembekal Buku 1 Pembimbing Rakan Sebaya 2 Pembudayaan Ilmu 1 PEMENANG 1 Pengarang 1 Pentadbiran 2 Perasmian Sudut IQRA 1 Perjumpaan 1 Pesta Buku Antarabangsa 1 Physio Massage 1 PJIA&M 4 PKK 1 PKM 1 Program 3 Program Engineering 101 1 Program Galakan 1 Program Galakan Membaca 6 Program Kerjasama 10 Program LCE 1 Program Luar 3 Program motivasi diri 1 Program Santai 3E 2 Projek Keceriaan 3 Projek PTAR UiTMCPP 1 PSKK 2 PTAR 44 PTAR 10K Fun Walk 1 PTAR Activity 2 PTAR fun day 2 PTAR UiTMCPP 47 ptarbuddies 1 ptaruitmcpp 5 Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam 1 Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia 1 Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal 1 Read@UiTM 3 Read@UNI 7 Resensi@PTAR 1 Resonance of Liberation:Save Palestine 1 Ruang LCE 7 Rumah Ngaji 1 Rumah Ngaji Pulau Pinang 1 Sahabat Surau 1 Sambutan Bulan Kemerdekaan 1 santai 9 Santai Catur@PTAR 1 scammer 1 Sekolah 1 Selangkah ke UiTM 2024 1 self taught 2 Seminar Pemikiran P. Ramlee. PTAR UiTMCPP 1 Senamrobik 1 Sesi Santai Bersama Rektor 1 Sharing 1 siber buli 1 Sistem WILS 1 SMK Bakti 1 SMK Bandar Baru Perda 1 SMK Dato Sheikh Ahmad Arau 1 SMK Jeli 1 SMK Tajar 1 SMK Tinggi Bukit Mertajam 1 SMK Tun Fatimah Hashim 1 Sparkle Through Speech 3.0 1 Speed Reading 5 staf PTAR 38 Student 10 Sukan 2 Sumbangan buku 1 Surah Al Jumu'ah 1 Switch 1 Switch Apple 2 Tadabbur 1 taklimat 17 Taklimat EDU 5.0 1 Taklimat Fakulti 1 taklimat perpustakaan 2 Taman Serai Wangi Fasa 1 1 tamat latihan 1 team building 3 team work 12 TEKAD 1 TVET 1 UHEI UiTMCPP 5 UiTM Cawangan Pulau Pinang 1 UiTM Kedah 1 UiTM Perlis 1 UiTM Pulau Pinang 1 UiTMCPP 9 ulasan buku 2 Unit Arkib 6 Unit Kerjaya dan Kaunseling 2 Unit perkhidmatan maklumat 1 Unlock Your Voice 2 Ustaz Manis 1 video 2 weekend 1 World #QuranHour 3 YaPEIM 1 YAWATIM 1 Yayasan Restu 1

PTARPP – TELEGRAM

PTARPP - FACEBOOK

LATEST ARTICLES