Siri Bicara Tokoh Pemikir dan Pemimpin Melayu

Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan, Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan Siri Bicara Tokoh Pemikir dan Pemimpin Melayu: "Institusi Raja-Raja Melayu - Peranan dan Sumbangan Dalam Pembentukan Identiti Kebangsaan Malaysia" serta Pameran Keris dan Senjata Melayu.

Program ini telah berlangsung pada 30 Ogos 2024 bertempat di ruang Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang bermula jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi. Penceramah jemputan yang menyampaikan ceramah pagi itu adalah Sr Dr. Ismail Bin Ma'arof, Panel Pakar & Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, UiTM. Di dalam sesi ceramah beliau, Sr Dr. Ismail turut berkongsi bersama audien pengalaman beliau menjalankan tugasan di pelbagai kawasan bersejarah di Malaysia.

Sepanjang program berlangsung, satu Pameran Keris dan Senjata Melayu turut diadakan hasil kerjasama Chef Muhammad Shakir Zulkafli dengan IMPAK dan PTAR UiTMCPP yang bersetuju untuk meminjamkan koleksi keris dan senjata Melayu beliau untuk pameran. Program kali ini telah dihadiri oleh seramai 93 orang yang terdiri daripada staf UiTM Cawangan Pulau Pinang, pelajar-pelajar Mutawif dan peserta daripada organisasi luar. 






Comments