Program Digital Literasi Mengupas Keselamatan Siber

Pada 25 September 2024, satu program bertajuk "Digital Literasi: Keselamatan Siber" telah diadakan di Pusat IT, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh. Program ini dianjurkan oleh Dah Digital, Digital Penang dan dihadiri oleh 25 peserta yang terdiri daripada pelajar dan staf universiti.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan siber, dengan fokus khusus kepada isu siber buli dan penipuan dalam talian. Sesi dimulakan dengan pengenalan oleh fasilitator yang menerangkan konsep keselamatan siber serta memberikan panduan tentang cara mengelakkan risiko yang berkaitan.

Peserta turut didedahkan kepada pelbagai jenis siber buli dan penipuan dalam talian yang semakin meluas, serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil. Dengan pendedahan ini, penganjur berharap peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh untuk berinteraksi dengan lebih selamat dalam dunia digital. Program ini merupakan satu usaha penting dalam memupuk budaya keselamatan siber di kalangan generasi muda.

Melalui inisiatif seperti ini, Digital Penang berkomitmen untuk meningkatkan literasi digital di kalangan masyarakat, demi memastikan penggunaan internet yang lebih selamat dan bertanggungjawab.

Comments