Program 1 Staf 1 Buku ("Mobile Library" ke tempat anda)

Pada 10 September yang lalu, PTAR UiTMCPP Kampus Permatang Pauh telah mengadakan Program 1 Staf 1 Buku ke pejabat bahagian-bahagian di UiTM Cawangan Pulau Pinang. Program 1 Staf 1 Buku ini merupakan inisiatif perpustakaan untuk mempromosi koleksi bahan bacaan di samping untuk membugarkan amalan membaca dalam kalangan warga kampus khususnya staf. 

Antara lokasi kunjungan mobile library ini adalah Pejabat Rektor, Bahagian Pentadbiran, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Bahagian Bendahari dan Bahagian Hal Ehwal Akademik. Turut sama menyokong program 1 Staf 1 Buku ini ialah Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang, YBhg. Profesor Dato' Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy Bin Razali. Selain menyediakan akses perbukuan, para peserta berpeluang memenangi cabutan bertuah dan mencuba permainan Shelve It. 

Program ini disertai oleh Cik Nor Azilawati Mohamad Azmi, Pustakawan Kanan PTAR UiTMCPP bersama 3 orang staf Unit Perkhidmatan Pelanggan, seorang staf Unit Kolaborasi & Korporat serta seorang pelajar praktikal. Sepanjang 2 jam lebih melawat ke bahagian-bahagian tersebut, sebanyak 50 orang staf yang terdiri daripada 5 orang staf akademik dan 45 orang staf bukan akademik telah membuat pinjaman buku sebanyak 96 buah buku. Buku-buku yang dibawa ke bahagian-bahagian ini terdiri daripada buku-buku bacaan am seperti novel Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, buku-buku motivasi dan buku-buku agama. Semoga program ini dapat mencapai objektif yang telah digariskan selain mendekatkan perpustakaan kepada pengguna-pengguna khususnya staf UiTM.






Comments